Powered by Blogger.

RSS

Tuesday, December 7, 2010

SELOKA AURAT





Tutup aurat satu tuntutan
Dalam keluarga wajib tekankan
Kalau keras hati gunalah rotan
Demi melaksanakan perintah Tuhan
Aurat ditutup mestilah lengkap
Tudung litup termasuk skap
Mini telekong pun orang cakap
Elok dipandang tak perlu ‘make up’.

Kalau wanita menutup aurat
Orang jahat tak berani ngorat
Bahkan boleh menjadi ubat
Orang memandang boleh bertaubat
Pakaian moden memanglah hebat
Harganya mahal walaupun ketat
Walaupun cantik tapi singkat
Orang memakai pun nampak pusat.

Lagilah aneh bila difikir
Baju kebaya tudung berukir
Nampak dada iman terjungkir
Kain terbelah paha terukir.

Menutup aurat boleh berfesyen
Tetapi jangan menunjuk eksyen
Sesuaikan diri ikut profesyen
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak ‘make up’ biarlah padan
Jangan terlebih bila berdandan
Minyak wangi juga fikirkan
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Selokaku ini bukanlah jahat
Cuma saja mahu peringat
Kepada semua para sahabat
Terutama sekali rakan sejawat.

Kepada semua kawan lelaki
Jangan tergelak wanita diperli
Keluarga kita tak terkecuali
Terutama sekali anak dan bini
Sudahkah kita tanamkan iman
Menutup aurat sepanjang badan
Ke sana sini dilindungi Tuhan
Keluarga menjadi contoh teladan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...