Powered by Blogger.

RSS

Wednesday, December 8, 2010

KETAWA MEMBUTAKAN HATI



AHAHAHAHA.. KAH KAH KAH.. KEH KEH KEH.. WAKAKAKA... Kenapa kita ketawa? Kenapa kita harus ketawa? Mungkin disebabkan hati kita tergeletek menonton gelagat kumpulan Senario dalam filem terbaru mereka Lagi Lagi Senario. Seronok melihat aksi Saiful menebar roti canai, aksi Wahid menjadi pelayan, aksi Azlee dan Mazlan menjadi tauke warong atau mungkin hati kita tercuit melihat gelagat Wardina yang bersahaja dengan dilengkapi tudung kepala lagi? HEHEHEHEHE!

Membaca juga boleh membuatkan perut kita sakit asyik ketawa. Majalah lawak yang banyak di pasaran seperti Gila-gila, Ujang, Apo? dan lain-lain lagi menjadi pilihan remaja untuk menghiburkan hati yang lara dan duka. Walaupun lawak yang berbentuk tulisan dan ilustrasi mampu untuk membuat kita tidak kering gusi ketawa dan tersengih. AHAHAHAHAHAHA... lawaknya.. lawaknya!

Apabila kita berjalan-jalan untuk ke kuliah atau keluar untuk membeli barang, kita juga boleh ketawa apabila melihat gelagat arab yang sangat melucukan. Antaranya fenomena ataupun sikap arab yang orang melayu kita di Malaysia tidak mampu untuk melakukannya iaitu kencing berdiri di tepi jalan. Itu juga satu yang melucukan. Kadang-kadang pula bukan kita sahaja yang ketawa melihat perangai arab, arab juga ketawa melihat kita. Tidak tahu apa yang melucukan hati mereka. “HONGGA BONGGA!! HONGGA BONGGA!!

Kalau sahabat-sahabat biasa ke Jalan Chow Kit atau pasar-pasar malam di Malaysia pastinya sahabat-sahabat sering melihat gelagat si penjual ubat tenaga batin. Ramailah manusia yang melingkungi seorang tukang ubat tenaga batin sedang ketawa mendengar ‘temberang’ si tukang ubat. Jadi dunia ini penuh dengan gelak ketawa manusia. Di sana sini semuanya ketawa kelucuan dan kegembiraan. Cuma kucing-kucing sahaja yang tidak ketawa (mungkin gelak dalam bunyi meow meow kot).

Di dalam masjid pun ada yang boleh ketawa. Berbual-bual di beranda masjid sambil menghisap rokok, bersantai menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak. Mereka ketawa terbahak-bahak. Ada sahaja perkara lucu untuk diceritakan. Sedang kita menghadap al-Quran pun orang boleh ketawa lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun ada orang ketawa. Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang-orang yang datang ziarah duduk bersembang-sembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh perkara yang lucu dan mencuit hati. Syaitan membisikkan “ketawalah kuat-kuat dan mengilai-ngilai lagi gamat!” KAH KAH KAH KIH KIH KIH KEH KEH KEH!!!

Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Ada yang menangis apabila dimarah. Teringat zaman kanak-kanak dahulu. Menangis apabila dipukul oleh guru kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Ada pula yang menangis kerana putus cinta. Kerana apa kita menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaitan mahu kita ketawa sepanjang masa.  “Haa, itu kawanku,” kata syaitan. Ya, orang bebas ketawa girang gembira. Ketawa itu sungguh nikmat. “Lough is the best medicine”, Mat Saleh yang kata, kata seorang hamba Allah. KEKEKEKKEKEKEKE!!! Kita tidak sedar bahawa ada yang sering memerhatikan kita apabila kita ketawa kegembiraan. Kita lupa bahawa betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah kita. Ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Tidak pernahkah kita ingin menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? Sabda baginda yang bermaksud: "Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal-hal yang diharamkan oleh Allah..".

Baginda bersabda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".

"Ketawa di dalam masjid itu menggelapkan suasana di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".

Daripada Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila? Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa "KEH KEH KEH KAH KAH KAH KAH"

Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa. Sebuah Hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail : "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Ta'ala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." [Riwayat Abdullah bin Abbas r.a.] Tapi, remaja kini sibuk menjadikan artis-artis glamour sebagai idola mereka. Siti Nurhalizalah, Awielah, Erra Faziralah, Shah Rukh Khanlah, Kareena Kapoorlah si fulanlah sifulanahlah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...