Powered by Blogger.

RSS

Friday, December 10, 2010

MENGATASI SIFAT BURUK SANGKA..

Beberapa panduan imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh dan buruk sangka..


1.JIKA BERJUMPA DENGAN KANAK-KANAK
anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita,
kerana kanak-kanak ini belum melakukan dosa daripada kita..


2.APABILA BERTEMU DENGAN ORANG TUA
anggaplah dia lebih mulia daripada kita,
kerana dia sudah lama beribadat..


3.JIKA BERJUMPA DENGAN ORANG ALIM
anggaplah dia lebih mulia dari kita,
kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui..


4.APABILA MELIHAT ORANG JAHIL
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita,
kerana merekan membuat dosa dalam kejahilan..
sedangakan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..


5.JIKA MELIHAT ORANG JAHAT
jangan kita anggap kita lebih mulia, kerana mungkin
satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas
kesalahannya..


6.APABILA BERTEMU DENGAN ORANG KAFIR
katakan, di dalam hati, bahawa mungkin pada suatu hari nanti
mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam.


Maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah s.w.t

wasalam~(^^,)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...