Apabila wanita menjaga auratnya
Dia telah menjaga maruah dirinya
Juga maruah wanita mukmin keseluruhannya.
Kalau dibuat perbandingan
Dari segi harta dunia seperti intan dan berlian
Ianya dibungkus dengan rapi
Dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci
Begitulah diumpamakan dengan wanita
Kerana wanita bermaruah
Takkan sekali-kali mempamerkan tubuh badan
Untuk santapan mata bukan mahram.
Zaman kini menyaksikan
Pemakaian tudung penutup aurat telah melanda
Dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan…
Dari pelajar sekolah sehingga kepada pekerja pejabat.
Walau pelbagai gaya tudung diperaga
Namun pemakaiannya tiada yang sempurna
Walau bertudung tapi leher dan dada terdedah
Ada juga…
Atasnya bertudung, bawahnya terbelah
Atasnya tertutup rapi bawahnya berseluar ketat
Di setiap inci kain tudung
Terhias seribu labuci menarik sekali
Di setiap hujung kain tudung
Terhias bermacam manik mengilau mata
Menarik keinginan tuk memperagakannya.
Ketahuilah…
Rekaan itu semua
Bukannya bertujuan mengelakkan fitnah
Bahkan menambah fitnah
Bagaimana tidak??
Pakaian seorang wanita mukminah
Bukan sahaja menutup auratnya
Malah menutup maruah seorang wanita
Iaitu pakaian mereka tidak menampakkan tubuh badan
Tidak juga berhias-hias
Sehingga menjadi tarikan lelaki bukan mahram
Bila mana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias
Maka terjadilah pakaian wanita Islam kini
Walau bertudung tapi bangga dalam diri
Jalan mereka mendabik dada
Terasa tudungku lah paling bergaya
Walau bertudung tapi sembahyang tidak didiri
Masih lagi berkepit dengan teman lelaki
Apa nak jadi dengan umat masa kini???!
Nilai tudung telah dicemari
Dengan sikap orang sebegini
Kerana tiada beza sama sekali
Sudah tentu yang lain terdetik di hati
Lebih baik tidak bertudung
Lebih bebas lagi terasa.


No comments:
Post a Comment