Powered by Blogger.

RSS

Sunday, March 20, 2011

Kenapalah Engkau Malas Sembahyang??



Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,Berdiri roh malam dan siang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?

Hendak makan minum pun dah senang,Negara aman bukan perlu berperang,Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang....

Kenapalah engkau malas sembahyang?

Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?

Main bola sanggup sampai ke petang,Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?

Ingatlah umur kita bukannya panjang,Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,Dalam kubur nanti jawablah seorang....

Kenapalah engkau malas sembahyang?

Siksa neraka cubalah dibayang,Masa di akhirat terlalu panjang,Janji Allah pasti datang tidak terhalang.
Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,Fikirkan sejenak kepada pesanan:"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."


- Artikel iluvislam.com

Friday, March 18, 2011

Nota Cinta



Allah....

Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu,
Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu.

Allah...

Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu,
Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu.

Allah...

Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu,
Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu.

Allah...

Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu,
Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu?
Suatu nota dari seorang aku,
Yang hina lagi jahil malah kaku,
Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu.
Allah...

Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu,
Sudikah Kau membalasnya buat diriku?
Sebuah nota pada seorang aku,
Yang curang tak bererti lagi buntu,
Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu.

Allah...

Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu,
Tapi aku malah jadi tidak tahu,
Mahu bermula dari mana,
Mahu mengakhirkan bagaimana.

Allah...

Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini,
Menyebut nama-Mu Yang Agung itu,


- Artikel iluvislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...